Jana Pendapatan anda

Tuesday 12 November 2013

Kondo di Bangkok kian jadi sasaran warga S’pura


HATI Encik Ismail (bukan nama sebenar) terpaut apabila melihat sebuah kondominium di Bangkok sewaktu ke sana untuk perniagaannya. Ia mendorong beliau membeli sebuah kondominium dua bilik di Ritz Carlton Residences pada harga AS$1 juta ($1.26 juta).
Beliau antara sebilangan warga Singapura yang melihat potensi pelaburan hartanah di Thailand.
Malah, warga Singapura pelabur asing terbesar bagi hartanah perumahan di Thailand, menurut satu laporan CB Richard Ellis (CBRE) Thailand.
“Kondominium Ritz Carlton Residences itu terletak di lokasi yang baik di tengah-tengah Bangkok di Silom. Pada harga AS$1 juta bagi unit kondominium dua bilik, ia jauh lebih rendah dari kondominium jenama yang sama di Singapura, di mana harganya boleh mencecah $2 juta hingga $4 juta.
“Saya membeli kondominium itu kerana pulangan sewanya amat baik. Jangkaan saya apabila kondominium saya itu siap, pendapatan sewa yang boleh saya perolehi ialah AS$4,000 hingga AS$5,000. Kalau kondominium itu dijual pula, potensi kenaikan modal amat tinggi,’’ kata Encik Ismail, berusia 50-an yang mempunyai pelaburan hartanah termasuk di Malaysia dan Singapura. Secara umum, warga Singapura menyumbang sekitar 20 peratus daripada pembeli hartanah asing di Thailand, menurut CBRE.
“Penduduk Singapura sudah biasa dengan pasaran Thailand kerana ia merupakan destinasi pelancongan dan membeli-belah yang popular bagi mereka. Jadi, membeli hartanah di Thailand amat menarik hati mereka terutama harganya adalah satu perlima atau 20 peratus lebih rendah dari Singapura bagi kondominium bermutu di kawasan bandar setanding dengan kondominium mewah di Singapura. Harga kondominium terbaik tidak melebihi $1,000 bagi setiap kaki persegi (psf) di sana. Jadi, potensi peningkatan modal masih baik,’’ ujar Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) antara kumpulan pemaju hartanah terbesar di Thailand Sansiri Public Company Limited, Encik Apichart Chutrakul, dalam temu bual dengan Ekoniaga di Grand Hyatt Singapura semalam.
Pembeli hartanah dari Singapura masih menumpukan perhatian mereka di Bangkok dan juga Phuket kerana dua destinasi itu cukup popular di kalangan penduduk Singapura, kata Encik Apichart.
“Pelabur asing yang membeli kondominium di dua destinasi itu boleh menjangkakan peningkatan modal melebihi 20 peratus bagi tempoh dua hingga tiga tahun mendatang. Kadar sewa pula adalah sekitar 3-5 peratus,’’ ujarnya.
Pelabur asing tidak boleh membeli rumah berhalaman di Thailand tetapi boleh membeli 49 peratus daripada kondominium pegangan bebas di sana. Pelabur asing juga perlu membayar kadar hartanah sebanyak 6.5 peratus dikenakan apabila membeli kondominium dan kadar cukai 2.5 peratus daripada pendapatan sewa setahun.
Sementara itu, Sansiri ingin menarik pelabur Singapura bagi sebuah kondominium mewah Baan Mai Khao terletak di hadapan pantai Mai Khao di utara Phuket yang menempatkan hotel-hotel mewah lima bintang. Ia juga berdekatan dengan Lapangan Terbang Phuket.
Projek pegangan bebas 206 unit itu mempunyai unit daripada satu bilik hingga kepada penthouse dengan harga $285,000 hingga $2.2 juta. “Kami yakin pelabur Singapura akan tertarik dan menjadikannya rumah percutian mereka,’’ ujar Timbalan Presiden Eksekutif Kanan Sansiri, Encik Uthai Uthaisangsuk, yang akan memasarkan projek itu di Hotel St Regis pada 27-28 Julai ini.
SAMBUNG BACAAN

No comments:

Post a Comment

Nuffnang ads

Lihat ini juga

Popular Posts