Jana Pendapatan anda

Sunday 13 October 2013

Pasangan remaja Maghribi ditahan lepas siar foto berkucup di Facebook


RABAT: Badan hak asasi kemanusiaan, Amnesty International, menggesa Maghribi agar menggugurkan "tuduhan tidak munasabah" ke atas pasangan remaja yang ditangkap kerana memuat naik gambar mereka berkucup di laman sosial Facebook.
Kes itu mencetuskan kemarahan dan aktivis mengancam mengadakan bantahan dengan berkucup beramai-ramai di luar bangunan Parlimen hari ini.
Pasangan remaja itu dan seorang rakan lelaki yang membantu memetik foto mereka di luar bangunan sekolah di bandar Nador telah ditahan minggu lalu.
Mereka dibebaskan beberapa hari kemudian dengan ikat jamin, sebelum dijadual didakwa di mahkamah semalam atas tuduhan melanggar kesopanan awam.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjarakan dua tahun.
"Adalah tidak munasabah remaja ini mungkin dikenakan hukuman penjara hanya kerana berkucup dan memuat naik gambar di Facebook. Mereka tidak seharusnya ditahan pun. Tiada alasan munasabah kenapa tindakan serupa ini harus membawa kepada pendakwaan.
"Tindakan melancarkan siasatan menyusuli aduan berkaitan tindakan tidak berbahaya seperti remaja berkucup tidak munasabah. Kes ini sepatutnya ditolak," kata pengarah serantau Amnesty, Encik Philip Luther. SAMBUNG BACAAN..

No comments:

Post a Comment

Nuffnang ads

Lihat ini juga

Popular Posts