Jana Pendapatan anda

Saturday 27 July 2013

Cikyanzone top story

Langkah Bijak Buat Duit RM100 sehari secara sambilan di rumah 0 hits  
langkah bijak buat duit rm100 sehari secara sambilan di..
BAGI NEGERI2 DI MALAYSIA klik pada negeri untuk waktu berbuka dan imsak 1 hits  
bagi negeri2 di malaysia klik pada negeri untuk waktu b..
Pekerja binaan maut dihempap dinding batu 4 hits  
pekerja binaan maut dihempap dinding batu
Kisah Lucu Pada hari Guru 17 hits  
kisah lucu pada hari guru
Mesir di ambang perang saudara 7 hits  
mesir di ambang perang saudara
Kisah Lucu d mesir Menantu Hantu 14 hits  
kisah lucu d mesir menantu hantu
Perakuan pengislaman tiga anak guru tadika batal dan tidak sah 41 hits  
perakuan pengislaman tiga anak guru tadika batal dan ti..
Kisah LucuL Harta Pusaka Nenek 13 hits  
kisah lucul harta pusaka nenek
4 didakwa culik tinggal mahkamah dengan takbir 1 hits  
4 didakwa culik tinggal mahkamah dengan takbir
Jerebu di Pulau Pinang Semakin kritikal 5 hits  
jerebu di pulau pinang semakin kritikal
Kisah Lucu dari Singapore 21 hits  
kisah lucu dari singapore
Mourinho Lupakan saja Ronaldo Man U 19 hits  
mourinho lupakan saja ronaldo man u
Jambatan mataf yang baru di Kaabah dibuka 6 hits  
jambatan mataf yang baru di kaabah dibuka
Mayat dibungkus dalam beg plastik TIGA WANITA DIBUNUH DI AMERIKA SYARIKAT 23 hits  
mayat dibungkus dalam beg plastik tiga wanita dibunuh d..
Tujuh premis termasuk dua kediaman musnah dalam kebakaran 7 hits  
tujuh premis termasuk dua kediaman musnah dalam kebakar..
Britain batal rancangan bekal senjata buat anti Assad 12 hits  
britain batal rancangan bekal senjata buat anti assad
Alunan qasidah semarakkan Ramadan di ibu negara 4 hits  
alunan qasidah semarakkan ramadan di ibu negara

Friday 26 July 2013

Pertempuran ragut empat lagi nyawa



DIPUKUL: Seorang penyokong Encik Mohamed Mursi (tengah), presiden Mesir yang digulingkan, kelihatan dikejar oleh para penyokong propemerintah dan tentera Mesir semasa mereka bertempur di Dataran Tahrir Square dan di sekitar Kedutaan Amerika di Kahirah, kelmarin. - Foto AFP





MESIR ‘BERGELORA’

Keluarga Presiden Mesir yang diguling ikrar ambil tindakan undang-undang ke atas pihak tentera
KAHIRAH: Pertempuran antara para penyokong dan penentang Encik Mohamed Mursi menyebabkan empat orang terbunuh kelmarin, sedang keluarga presiden Mesir yang digulingkan itu berikrar akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak tentera berhubung penggulingan itu.
Sekurang-kurangnya 28 orang turut cedera dalam keganasan yang berlaku antara kedua-dua kumpulan pembantah saling bertentangan itu di Kahirah dan dekat bandar Qalyub, kata kakitangan perkhidmatan kecemasan.
Di tempat lain, seorang polis dan seorang awam terbunuh, manakala empat askar cedera akibat satu siri serangan di daerah Sinai, di utara Mesir.
Pertumpahan darah terbaru itu menyusuli kenyataan keluarga Encik Mursi bahawa mereka merancang akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak tentera kerana "menculik" presiden pertama yang dilantik menerusi pilihan raya itu, yang kini berada dalam tahanan sejak peristiwa rampasan kuasa 3 Julai lalu.
Ia berlaku meskipun pemerintah awam sementara Mesir yang dibentuk oleh pihak tentera merayu agar para pembantah menahan diri selepas berlakunya bantahan di seluruh negara itu sejak berminggu-minggu dan berlakunya keganasan di Semenanjung Sinai.
Cik Shaimaa Mohamed Mursi, anak perempuan presiden yang digulingkan itu, memberitahu satu sidang akhbar bahawa keluarganya merancang mengambil tindakan undang-undang di Mesir dan di luar negara itu.
"Kami akan mengambil tindakan undang-undang setempat dan antarabangsa terhadap (Jeneral) Abdel Fattah al-Sisi, ketua rampasan kuasa tentera yang berdarah, dan kumpulan pemberontak kilatnya," kata beliau sambil merujuk kepada ketua tentera Mesir itu.
Cik Shaimaa meluahkan rasa terkejutnya terhadap "sikap membisu pertubuhan hak asasi dan persatuan sivil terhadap jenayah penculikan presiden yang sah". Encik Mursi memenangi pilihan raya Jun tahun lalu untuk menjadi pemimpin Mesir pertama yang dipilih melalui pengundian bebas.
Keluarga Encik Mursi menganggap Jeneral Sisi bertanggungjawab ke atas keselamatan presiden yang digulingkan itu.
Beliau ditahan di sebuah lokasi yang dirahsiakan digulingkan.
Anak lelakinya, Encik Osama, berkata pihak keluarga beliau belum lagi mendengar berita daripadanya sejak peristiwa penggulingan presiden tersebut.
"Tidak seorang pun di antara kami yang dapat berhubungan dengan bapa kami sejak rampasan kuasa pada 3 Julai," kata beliau kepada wartawan.
Amerika Syarikat dan Jerman mengetuai gesaan antarabangsa lain bagi pembebasan Encik Mursi.
Kelmarin, Kesatuan Eropah (EU) mengulangi gesaannya supaya "membebaskan semua tahanan politik termasuk Mohamed Mursi" tetapi pihak berkuasa sementara Mesir menolaknya sambil berkata beliau telah ditahan di sebuah "tempat yang selamat".
Para penyokong Encik Mursi, yang diguling selepas setahun memegang jawatannya, telah mengadakan bantahan, perarakan dan perhimpunan di serata negara itu sejak kejatuhan beliau.
Ada yang menyebabkan pertempuran berdarah, dengan sumber- sumber perubatan dan keselamatan melaporkan sekurang-kurangnya empat orang maut dan 28 lagi cedera.
Anggota parlimen Mesir yang dibubarkan selepas penggulingan Encik Mursi, yang dikuasai para penyokong beliau, mengadakan satu mesyuarat di Masjid Rabaa al-Adawiya di Kahirah.
Sambil melaungkan "Sisi pembunuh" dan slogan-slogan antipolis, para pembantah juga menggantung gambar presiden yang digulingkan itu di pintu pagar pejabat pendakwa raya.
Dalam satu ucapan yang disiarkan di televisyen kemudiannya, Presiden Adly Mansour menggesa rakyat Mesir supaya membina semula negara itu "tanpa menaruh dendam".
"Kami mahu membuka lembaran baru dalam buku sejarah negara ini tanpa menaruh dendam, kebencian atau konfrontasi," katanya

Nuffnang ads

Lihat ini juga

Popular Posts